Adik Yaya, mangsa dera ibu tiri bakal mengalami cacat kekal.

Masyaallah.. Luluh hati bila dapat tahu mangsa dera ibu tiri berusia 5 tahun itu, Nur Zuliana Zaara Zulkifli atau Yaya, disahkan bakal mengalami cacat kekal sepanjang hidupnya. Apa la dosa anak kecil tu.. Bukan saja zaman kanak-kanaknya dirampas malah masa depannya juga dihancurkan dek ibu tiri syaitan tu.

Hasil siasatan kesihatan mengesahkan mangsa mengalami cacat kekal seperti bongkok akibat masalah tulang belakang dan tempang akibat perbeza tulang paha kiri dan kanan. Semua tu berpunca dari didera dan tidak pernah mendapat rawatan.

Selama enam bulan didera, mangsa yang patah 13 tulang rusuk termasuk di tulang belakang, pinggul serta lengan kanan hanya dibiarkan sembuh sendiri tanda diberi rawatan sedikit pun.

Eshhhh sedihnya.. Berada di neraka dunia bersama ibu tiri yang kejam! Umpama dalam drama bagi kita tapi nyata bagi adik Yaya. Mangsa juga mengalami trauma yang teruk dan agak sukar untuk dirawat kerana dia tidak mempercayai siapa-siapa.

Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Datuk Dr Ghazali Hasni Md. Hassan berkata, mangsa juga mengalami radang paru-paru sehingga menyebabnya dia sukar bernafas.

Mangsa juga tidak diberi makan secukupnya sehingga menyebabkan kekurangan zat yang kronik dan berat badannya susut sehingga 15 kilogram yang menyamai budak usia tiga tahun.

Sakit hati pulak Gomez dengan ibu tiri berengset tu.. Nak jer tenyeh-tenyeh muka dia haha! Yang si bapa pulak jadi pengecut!! Anak sendiri sanggup biar diperlakukan sebegitu.. Kena cucuk hidung atau kena nasi kangkang?? Itu la sembah lagi yang cantik! Muka ja cantik perangai cam taik! –TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *