Ahmad Maslan jadi tarikan kerana “berdarah pendekar”..

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang mahir dalam bidang masakan elak GST, mempunyai darah kepahlawanan pendekar.

Terkejut bukan?? siapa sangka seorang menteri yang dilabel ‘pelawak’ dan sering di troll di laman media sosial merupakan seorang pendekar di negara ini.

Disangkakan beliau hanya mempunyai kemahiran sebagai ‘chef’ tetapi kini diberitakan beliau mempunyai kemahiran dalam dunia persilatan.

Menerusi laman twitter Ahmad Maslan, beliau mengucapkan takziah atas pemergian tokoh Pendekar Negara, Tan Sri Omardin Mauju sekaligus memaklumkan bahawa dirinya telah dilantik oleh Allahyarham sebagai Penasihat Majlis Pendekar Malaysia.

“Negara kehilangan Mahaguru Tokoh Persilatan Tan Sri Omardin, Allahyarham lantik saya sebagai Penasihat Majlis Pendekar Malaysia,” kata Ahmad Maslan yang dipetik menerusi laman twitter miliknya.

Bila dibaca status yang dimuat oleh Ahmad Maslan ini, amat mencuit hati. Adakah beliau memang benar mempunyai darah seorang pendekar??

Ahmad Maslan sebelum ini mencuit hati pelayar laman sosial apabila memuat naik gambar nasi goreng elak GST yang dihiasi timun dalam kuali dan mendapat reaksi daripada pengikutnya.-Utaranews,com-

One thought on “Ahmad Maslan jadi tarikan kerana “berdarah pendekar”..

  • June 22, 2015 at 3:34 pm
    Permalink

    Ahmad Maslan – Khalifah akhir zaman bani Melayu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *