Anwar adalah banduan paling “mengada-ngada” di Malaysia.

Baru-baru ini kedengaran suara dari pihak PKR mendakwa keadaan Ketua Umum mereka berada di tahap yang “sangat” membimbangkan. Khabarnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang sebanyak 6 kilogram berat tubuh dan dalam keadaan kurus kering.

Lebih “membimbangkan” lagi, katanya najis pemimpin PKR itu mengandungi darah. “Menakutkan” sungguh keadaan Anwar di penjara itu, bukan?

Membimbangkan atau tidak, begitulah yang dikatakan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mengenai status “boss”nya di Penjara Sungai Buloh. Entah betul entah tidak dan Anwar kini dikatakan sedang menjalani rawatan di hospital kerajaan.

Anwar pernah dipenjara dalam tempoh beberapa tahun sebelum ini. Sepanjang penahanannya di penjara yang sama itu, bukan sedikit “sakit” dan “derita”nya penjenayah yang bertopengkan politik itu.

Dia pernah dikatakan menderita sakit belakang yang sangat serius sehingga tidak dapat membengkokkan badan. Malah ketika dibicara sebelum ini, lehernya “berbungkus” dengan pembalut seolah-olah dia mengalami sindrom “patah leher”.

Lebih “menakutkan”, terdapat juga dakwaan ketika itu yang mengatakan Anwar telah diracun pihak kerajaan UMNO/BN dengan sejenis bahan kimia merbahaya yang dipanggil “arsenik” hingga para penyokongnya mendesak supaya dia dirawat di hospital luar negara. Kononnya, hospital di Malaysia “tidak boleh dipercayai”…

Peliknya, setelah Anwar dibebaskan, tidak mati-mati pula dia. Malah sempat lagi “mengorat” Saiful Bukhari Azlan dan kali terakhir bebas, dia dilihat masih mampu berbasikal lasak ketika bercuti bersama keluarganya di luar negara.

Setahu penulis, jika seorang pesakit yang menghidap sakit tulang belakang yang kronik dan merbahaya, sudah tentulah doktor akan menasihatinya supaya tidak melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti itu, bukan? Malah jika boleh, pesakit itu akan disuruh berehat saja di rumah dengan melakukan aktiviti ringan.

Setahu penulis lagi, arsenik merupakan sejenis racun yang sangat merbahaya dan mampu membawa maut. Tapi kenapa tidak mati-mati juga ahli politik yang bernama Anwar ini? Kerajaan UMNO/BN “racun” dia dengan arsenik pun tidak mati? Anwar ada belajar ilmu “kebal”kah?

Dan kini najisnya berdarah pula di penjara Sungai Buloh. Kali ini siapa pula yang akan dituduh cuba membunuh “dewa” PKR itu? Kerajaan UMNO/BN lagi? Racun jenis apakah pula yang disumbat ke dalam tubuh Anwar kali ini? Racun tikus? Racun “Roundup”?

Pada pandangan penulis, segala dakwaan itu merupakan salah satu cara PKR untuk memastikan nama Anwar “segar” di minda rakyat. Mungkin mereka sedar nama Anwar semakin basi sejak dia disumbat ke penjara kira-kira empat bulan lalu dan “skrip lama penjara Sungai Buloh” terpaksa diulang tayang…

Pada penulis, PKR dan Anwar sendiri harus tahu bahawa rakyat sudah bosan dengan Anwar. Dia ada atau tidak ada, bebas atau dipenjara, keadaannya sama sahaja. Rakyat sudah bosan dengan kegilaan “De Facto” yang penuh dengan retorik kosong itu.

Dengan menggunakan “skrip lama” itu, mungkin PKR fikir mereka akan berjaya menagih simpati dari rakyat, khususnya dari golongan muda yang baru kenal dunia. Tapi bagi mereka yang mengkaji sedalamnya dan tahu mengenai sejarah Anwar, mati hidup semula pun mereka tidak akan percaya pada anak didik Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Sekiranya benar Anwar sakit, penulis mencadangkan supaya Anwar memilih seorang doktor untuk ditempatkan bersebelahan selnya di penjara berkenaan. Jika tiada banduan bergelar doktor yang sesuai di penjara di negara ini, Anwar boleh pilih doktor mana yang sanggup untuk tinggal bersamanya di Penjara Sungai Buloh.

Apa yang penting, segala bil dan kehendak doktor berkenaan perlulah dibiayai oleh keluarga Anwar atau PKR sendiri sehingga dia dibebaskan dari tahanan. Jika enggan, maka beraturlah seperti banduan-banduan lain untuk menerima rawatan dari doktor hospital kerajaan.

Untuk pengajaran, jika tidak mahu dilayan seperti banduan dan penjenayah di negara ini, jangan sesekali berani buat melakukan jenayah di Malaysia. Negara ini ada undang-undang dan pihak berkuasa yang mendaulatkan sistem perundangan dan rakyat perlu patuh padanya, faham?

Selain itu, penulis ingin menyarankan pada Jabatan Penjara Malaysia supaya memberikan anugerah “banduan paling mengada-ngada” kepada Anwar. Sampai digigit nyamuk pun mahu mengadu pada isteri. “Jantan” jenis apa macam itu, kan? –Amir Hamzah/Utaranews.com

One thought on “Anwar adalah banduan paling “mengada-ngada” di Malaysia.

  • 03/06/2015 at 7:33 am
    Permalink

    BOLEH TAK BOLEH KITA TGK LAA PRU14 NI….TAKUT LEPAS NI SI AMIR HAMZAH DAN MACAI2 YG LAIN PLAK BAKAL DI RACUN!!!HAHAHAH

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *