Azwan Ali kena sound dengan Azhar Sulaiman.

Biar buruk rupanya, jangan buruk perangai.. Itulah yang berlaku kat Azwan Ali atau dikenali sebagai Diva AA.. Kes dia terlajak carut wanita sebab salah faham mengenai Me’nate Steak Hub memang dah buat dirinya dicemuh dan dikritik hebat netizen..

Patutnya bulan-bulan puasa ni kurangkan sikap buruk dan carutan.. Tapi lain pula jadi kat Diva AA ni.. Makin hari makin banyak pulak carutan yang dia buat kat laman sosial..

Peka dengan isu yang menjadi viral kat laman sosial, rakan artis iaitu Azhar Sulaiman bagi sedikit pesanan yang sangat berguna dan bernas pada Azwan Ali.. Bagi Azhar apa yag berlaku  pada Azwan Ali ni memang perkara yang remeh..

Sepatutnya sebagai orang lama dalam dunia seni, sikap brutal atau biadap macam ni tak patut ditonjolkan pada publik.. Kontroversi macam ni hanya merugikan diri je..

Miss A pun hairan dengan sikap yang ditunjukkan Azwan Ali ini.. Apa yang dia nak sebenarnya dok mencarut tak ingat dunia.. Benda simple je pun, boleh tampil minta maaf.. Kalau dah salah, tapi dia ambil langkah untuk memalukan diri..

Miss A takut lepas ni Azhar ni pulak yang kena carut dengan Azwan Ali tau! Korang bukan tak tahu Diva AA, pantang siapa je tegur.. Semua dia nak carut, dia saja yang betul.. Miss A dapat tahu Azwan Ali ni bakal menunaikan umrah buat kali ke 8 tau! Semoga umrah ke 8 ni pintu hatinya akan terbuka seluas-luasnya.. hahaha.. Miss A/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *