Betul ke Mahathir tak pernah bantu Mukhriz dalam politik??

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan beliau mendapat bantuan daripada bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terlibat dalam bidang politik.

Menurut Mukhriz, dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bapanya telah membuka laluan untuk beliau dalam perjalan politiknya adalah tidak benar.

Mukhriz berkata, apa yang dikecapinya dalam bidang politik kini adalah hasil usahanya sendiri, malah bapanya melarang beliau serta adik-beradik lain untuk terjun ke bidang politik mahupun perniagaan.

“Hakikat bahawa saya anak bekas Presiden yang menerajui parti selama 22 tahun tidak menjamin perjalan politik saya akan menjadi mudah, kononnya laluan sudah dibuka orang tua saya.

“Bagaimanapun, saya belajar mengenai hikmat di sebalik setiap kejadian yang saya lalui. Kekalahan di bahagian ayah saya sendiri menarik perhatian ramai terhadap usaha saya untuk bergiat aktif dalam Umno,” kata Mukhriz yang dipetik menerusi nukilan sempena hari Bapa di laman Facebook miliknya.

Mukhriz yang menambah nukilannya sempena hari bapa itu berkata, beliau yang kini diangkat sebagai menteri besar tetap mengamalkan prinsip bapanya, mana-mana ahli keluarga terdekatnya tidak dibenarkan terlibat dalam perniagaan di negeri itu.

“Selepas saya dilantik Menteri Besar, saya mengumumkan pendirian tidak membenarkan kaum keluarga terlibat dalam sebarang perniagaan yang melibatkan Kerajaan Negeri Kedah,” katanya.

Sejauh manakah kebenaran yang mengatakan Mukhriz tidak mendapat bantuan daripada Mahathir???

Jika tanpa bantuan Mahathir, bagaimana beliau dapat melonjakkan dirinya dalam masa yang singkat untuk menjadi menteri besar??Mustahil bukan???-Utaranews.com-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *