Budak perempuan tangkap 9 TOYOL di belakang rumah.

“Toyol, dia datang padaku berlari-lari…tolong, kemanaku kan pergi…” Hehhehe. Miss Hana bukan nak cerita pasal lagu toyol tapi budak perempuan, Ineke Puspitasari dari kampung Sumobito, Indonesia kononnya tangkap 9 toyol di belakang rumah dia.

Huhuuhhu..boleh percaya ke ni?. Miss Hana tengok bekas tu kosong aje. Tapi tak tau la orang lain yang ada keistimewaan boleh nampak kan. Ineke kata dia tangkap toyol sehari sebelum posa.

Dia guna cermin untuk tangkap toyol, “Toyol itu suka bermain di hadapan cermin dan apabila ia terleka saya terus menangkapnya.” Kata Ineke.

Tak tau pula toyol suka cermin. Maybe toyol suka kot tengok kepala botak dan badan hijau dia. Kihhkihh

Berita tersebar satu kampung dan ramai yang datang nak tengok tapi seorang pun tak nampak toyol tu. ada juga percaya memang ada toyol dalam tu sebab beberapa bulan lalu ramai orang kampung hilang duit.

Wallahualam…….Korang nilai la sendiri. – MissHana/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *