Imam ini Khatamkan Al Qur’an Dalam 3 Malam Solat Tarawikh..

Solat terawih dengan Imam membaca 1 atau 2 Juz Al Qur’an mungkin sudah sering kita temui baik ketika berada di negara kita mahupun negara Arab lainnya.

Akan tetapi tahukah anda bagaimana rasanya mengkhatamkan Al Qur’an dalam 3 malam solat taraweh ?

Sheikh Ahmed bin Mohammed Alhawasyi, seorang imam Masjid Jami di daerah Khamis Mushayt wilayah Asir, sebelah barat daya Arab Saudi adalah orangnya.

Seperti yang disiar oleh media, menyatakan bahwa Sheikh Ahmed bin Mohammed mampu mengkhatamkan Al Qur’an dalam 3 malam solat teraweh atau sebanyak 10 kali dalam sebulan penuh Ramadhan.

Masyarakat pun yang berada disekitar selalu membanjiri Masjid Jami dimana Sheikh Ahmed bin Mohammed menjadi imam, meskipun mereka harus menghabiskan 4 jam untuk melaksanakan ibadah solat teraweh.

Selain menjadi imam di Masjid Jami, Sheikh Ahmed bin Mohammed Alhawasyi juga bekerja sebagai Dewan Komisi Amr bil Ma’ruf wa Nahyi Anil Munkar di wilayah setempat. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *