Ini sebab kenapa Mahathir terpaksa guna media Amerika serang Perdana Menteri.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menggunakan media asing untuk menyerang Datuk Seri Najib Razak sebagai taktik lapuk dan selalu digunakan oleh Anwar ketika berpolitik.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menggunakan media luar sebagai senjata untuk menyerang Mahathir suatu ketika dulu, dan ianya terbukti amat dibenci oleh Mahathir ketika beliau menjawat jawatan sebagai perdana menteri ketika itu.

Tetapi, hari ini rakyat dapat lihat beliau menggunakan taktik yang kononnya dibenci oleh beliau untuk menyerang Najib.

“Ia sesuatu yang Tun sendiri sangat tak suka dahulu. Waktu saya dalam Kabinet Tun, Tun selalu menyebut betapa dia  tidak gembira bila ada pihak, waktu itu Anwar menggunakan media luar negara.

“Saya agak keliru sikit sebagai menteri yang pernah berkhidmat di zaman beliau kerana apa yang beliau sarankan dahulu tidak dipraktikkannya sekarang,” kata Annuar Musa kepada media.

Ini jelas menunjukkan satu lagi sikap Mahathir yang pengecut dan sengaja menjatuhkan imej negara apabila beliau tidak berjaya mempengaruhi menteri-menteri kanan Najib untuk bersamanya.-Utaranews.com-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *