Kucing penjaga keretapi yang paling diingati di Jepun..

Huhhhuu..kucing pun menjana ekonomi. Dengan tarikan kucing bernama Tama tu menarik orang ramai dan pelancong asing naik kembali kereta api Kishigawa Line, Jepun yang hampir muflis sbelum ni.

Besor jasa si Tama ni. sepanjang service yang diberi oleh Tama , Tama menjana $8.9 juta. Whoaaa..banyak nya. Patut la penduduk di Kinokawa dan orang-orang yang bekerja di stesen kereta api tu sedih dengan pemergian Tama.

Tama mati disebabkan kegagalan jantung. Mesti jadi pelik bila Tama dah tak ada kat pintu masuk tiket kat stesen kereta api Kishi kan.

Orang yang naik kereta api sebelum ni mesti tengok Tama dulu tapi sekarang dah tak ada. Tama tu kan kucing yang comel, siap pakai topi ala guard yang jaga di pintu masuk tiket.

So pihak stesen kereta api Kishi kena la cari pengganti Tama. –MissHana/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *