Mahathir dah buat U-TURN sokong Perdana Menteri??

Tun Dr Mahathir Mohamad berbangga dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana berjaya membangunkan Malaysia yang berbilang kaum lebih baik dari negara Amerika Syarikat (AS).

Mahathir berkata, perkara ini dibuktikan melalui majalah Amerika, Foreign Affairs yang memuji pentadbiran Najib dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di Malaysia.

“Tidak seperti pendapat mengenai polisi kadar tukaran tetap Malaysia, nampaknya kini kritikan terhadap tindakan afirmatif kita ditarik balik, sekurang-kurangnya oleh majalah Foreign Affairs,” kata Mahathir menerusi blog miliknya.

Menurut Mahathir, dengan pelaksanaan yang telah diperkenalkan itu, Malaysia dapat memberi faedah ke masyarakat majmuknya berbanding pelaksanaan meritokrasi AS yang dikenakan kepada masyarakat kulit hitam.

Mahathir berkata, dengan pelaksanaan meritokrasi itu, masyarakat kulit hitam di AS tidak mendapat banyak faedah seperti kulit putih walaupun presiden negara itu berkulit hitam dan pegawai tertinggi dipegang oleh kulit hitam.

“Hakikatnya masih ramai orang kulit hitam yang miskin dan terjebak dengan dadah dan jenayah. Pendapatan per kapita mereka juga bawah purata negara.

“Walaupun populasinya adalah 10% tetapi jumlah peratusan mereka di penjara hampir 50%. Itu tidak termasuk pembunuhan sengaja orang kulit hitam oleh polis yang kemudiannya terlepas daripada pendakwaan,” katanya.

Perkara ini jelas menunjukkan Najib merupakan sorang pemimpin yang berjaya membawa Malaysia ke mata dunia sehingga menghentikan kritikan dari kuasa luar. Malaysia sering dikritik tentang hak bukan bumiputera sebelum ini di zaman pemerintahan Mahathir. –Utaranews.com-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *