Nizar marah kepada Hadi Awang kerana sokong Najib

Selepas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengeluarkan kenyataan mengkritik kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden parti, kini giliran Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berbuat demikian apabila melakukan serangan yang sama menjelang pemilihan parti pada awal Jun ini.

Dalam satu kenyataan, Nizar mempersoalkan tindakan Abdul Hadi menyuarakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meskipun menyedari UMNO merupakan ‘musuh’ utama PAS.

Nizar mengakui terkejut dengan sokongan Abdul Hadi kepada Najib memandangkan kebanyakkan penyokong-penyokong UMNO mahu beliau melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri susulan krisis yang berlaku dalam pentadbiran negara ketika ini.

“Mereka hari ini semakin marahkan Najib, kalau kita lihat apa Najib buat hari ini dengan Tabung Haji, GST dan kes Altantuya, orang Umno dah getik dekat Najib ini.

“Tiba-tiba presiden Pas pula kata pertahankan Najib dan mahu kekalkan dia, ini kita tak nak,” katanya dalam satu kenyataan pada forum bertajuk “Mampukah Pas Dilonjakkan Pasca Jun 2015” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur – Selangor di sini, semalam.

Menurut beliau, tindakan Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan ‘menghina’ ahli parti dengan perkataan kasar seperti ‘barua’ sudah mencerminkan krealibiliti sebagai seorang ketua pemimpin kerana ia memberi impak buruk terhadap PAS yang memperjuangkan agama Islam.

“Ada yang mengatakan bahawa parti Islam ini sebagai satu keluarga, presiden ini ayah dia, jadi kita kena sokong ayah kita.

“Kalau presiden ayah kita, boleh tak ayah panggil anak dia barua?

“Bila kita bagi tahu dekat dia, suruh dia akui benda itu dan mohon maaf, orang akan hormat,” ujarnya lagi.
Sementara itu, beliau secara terang-terangan menggesa ahli PAS memberi peluang kepada calon Presiden, Ahmad Awang menerajui parti berkenaan pada pemilihan Jun ini kerana bekas naib Presiden itu lebih berkelayakkan berbanding Abdul Hadi.

“Siapa tak kenal ustaz Ahmad Awang, dia baru balik dari Beirut, persidangan antarabangsa di Lubnan, dia dekat situ, dia boleh cakap bahasa Arab dengan baik, malah dia juga boleh berkomunikasi dan bercakap dalam bahasa Inggeris dan dia (Abdul Hadi) tak boleh.

“Bukan nak perkecilkan, hari ini politik kontemporari perlukan kualiti ini, kita perlukan mereka yang berkeupayaan, supaya orang akan hormat parti kita, hormat negara kita,” ujar Nizar. –UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *