Nora Danish “blocked” 2.5juta pengikut di Instagram???

Wow.. ramai betul orang yang follow janda ‘hot’ Nora Danish ni kat laman Instagram rupanya.. Setakat sekarang ni jumlah follower Nora ja dah mencecah 1.9 juta.. Kalau korang nak tahu, patutnya jumlah pengikut Nora lagi banyak kalau dia tak ‘blocked’ 2.5 juta pengikut..

Sebab apa yang Nora ni blocked banyak sangat pengikut dia tu menjadi tanda tanya Miss A.. Sebelum ini dia pernah cakap, dia akan blocked orang yang suka komen bukan-bukan dan dok post iklan jual barang kat ruangan komennya..

Tapi, takkan sampai ramai macam tu sekali orang dok komen bukan-bukan kat IG dia.. Selidik punya selidik, memang dia dah blocked pengikut dia 2.5.. Tapi, semua tu berlaku kerana auto block dalam Instagram..

Bukan Nora saja-saja block sebegitu ramai pengikut dia kat IG, cuma entah siapa je yang beri komen di IG Nora, kebanyakkan dari mereka akan di’block’.. Nora pun dah minta maaf pada semua peminat, jika dia ada terblock korang dari mengikuti perkembangan dia kat IG..

So pada siapa yang dah pernah kena block dengan Nora, korang jangan lah sentap ye.. Nora pun tengah cari penyelesaian macam mana nak betulkan balik auto block tu..

Dah banyak aduan dibuat kat Instagram.. Pihak Instagram masih tak bagi respon.. Makin kurang la nanti follower ribu-ribu Nora.. hehe.. Miss A/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *