PAS macam budak-budak.. tak perlu dilayan… – Lim Kit Siang

Pemimpin Veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini menyifatkan tindakan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz yang mencabar DAP sebagai bersifat kanak-kanak dan tidak perlu dilayani.

Kit Siang berkata, cabaran yang dilemparkan oleh Ketua Pemuda Pas itu belum matang dan dianggap sebagai cabaran kanak-kanak yang mencabar sesama rakannya ketika bermain.

Tambahnya, cabaran itu tidak perlu disahut kerana ianya akan memperbodohkan diri sendiri dan hanya membuang masa sahaja.

“Kita tak ada masa untuk bercakap soal cerai berai. Ada baiknya kita bercakap soal prinsipal, objektif dan impian Malaysia.

“Impian Malaysia itu mestilah berasaskan polisi bersama Pakatan Rakyat untuk memenuhi harapan seluruh rakyat,” kata Kit Siang.

Nik Abduh pada Jumaat lalu, memperlekehkan DAP dengan mengatakan DAP belum cukup jantan untuk membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Pas.

Mengumpakan seperti hubungan suami isteri, Nik Abduh berkata, DAP tidak berani melafazkan cerai terhadap Pas.

“Sekali nampak macam yakin dan berani benar, tapi asyik dok tekan Pas saja supaya putus hubungan dengan dia. Macam tak yakin pula nak lafaz cerai terhadap Pas.

“Saya jadi perasan DAP ni perempuan, Pas jantanlah pula. Perempuan tak sah lafaz cerai. Tu dok minta fasakh itu. Come on lah DAP.. jadilah jantan juga. Pilih, be gentleman, cool macam Pas atau berterus terang saja,” kata Nik Abduh.

DAP dilihat sering mengasak Pas untuk memutuskan hubungan dengan Pakatan selepas berakhirnya pemilihan Muktamar Pas yang dikuasai oleh pro-Ulama, sekaligus menyingkirkan pro-Pakatan pada pemilihan kali ini.-Utaranews.com-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *