[VIDEO] Bendera DAP dibakar oleh rakyat P.Pinang di KOMTAR

Penyerahan Memo bantahan oleh beberapa pemimpin UMNO kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ekoran perobohan papan tanda UMNO di Jalan Mclister, berakhir dengan bendera DAP dibakar.

Difahamkan, ia merupakan simbolik kebencian rakyat P.Pinang khususnya ahli UMNO terhadap parti DAP yang dikatakan sangat biadap dan memerintah secara kuku besi.

MBPP juga didesak supaya tidak menjadi kuda tunggangan kepada DAP negeri untuk memecah belahkan masyarakat melayu.

UMNO difahamkan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan DAP negeri yang dilihat cuba menganggu gugat keamanan didalam negara. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *