[VIDEO] Jemaah wanita KANTOI mencuri dalam masjid.

Selalu kita dengar orang lelaki jer yang curi handbag jemaah wanita masa dorang tengah solat, tapi kat negara jiran ni sekali perempuan kot buat kerja terkutuk macam tu. Dasyat betul la perempuan ni.

Dalam rumah Allah pulak tu dia buat kerja mencuri ni, tapi malangnya tindak tanduk pencuri pura-pura alim ni di kesan melalui rakam camera CCTV yang berada di dalam masjid tersebut. Korang perati jela kelakuan perempuan dari awal.

Bukan main lagi dia siap buat-buat nak sembahyang bersama Jemaah wanita yang lain, tapi sebaik jer dorang dah mula sembahyang cepat-cepat dia pi kat tempat mangsanya letak handbag tu habis semua barang berharga kat dalam beg mangsa perempuan ni balas.

Sekali dengan beg duit telefon semua dia ambil.. Pandai sungguh dia berlakon. Tapi kelicikan perempuan tak tahan lama sebab kantoi dengan pengawal keselamatan yang dok perati gerak gerinya dari camera CCTV tu.

Padan muka dia mesti cuak habis kan.. Tu la.., buat jahat lagi kat dalam rumah Allah, kan dah dapat balasan.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *