Wanita muslim dilarang bertudung di Uzbekistan.., di Malaysia suruh pun tak mau.

Kerajaan Uzbekistan kini dikatakan sedang giat melakukan kempen larangan penggunaaan tudung bagi wanita Muslimah di bandar Tasken. Dilaporkan, Polis akan menangkap Muslimah yang tidak mahu membuang tudungnya.

Sumber dari radio Al Hurrah di Uzbekistan mengatakan, pegawai polis telah melakukan penguatkuasaan terhadap Muslimah bertudung di salah satu pasar kota Tasken.

Muslimah yang tidak mahu membuang tudung yang mereka pakai, akan diseret ke kereta polis dan menghadapi kemungkinan dipenjarakan.

“Polis memaksa salah seorang Muslimah disitu membuang tudungnya, tetapi ia enggan dan muslimah berkenaan terus ditangkap. Tetapi wanita yang mengikut arahan Polis dibiarkan lepas..” kata salah seorang saksi, seperti disiarkan oleh Alukah.net.

Sumber dari Kementerian Dalam Negeri Uzbekistan mengesahkan tindakan tersebut. Pihak Polis giat mencari wanita Muslimah bertudung yang berada di pasar serta kawasan sekitar.

Namun, dilaporkan ramai anggota Polis yang enggan melakukan tugas tersebut. Difahamkan, ramai dikalangan anggota Polis yang sengaja mengambil cuti bagi mengelakkan diri mengenakan tindakan terhadap wanita muslim.

“Ini adalah perjuangan berat bagi umat Islam. Banyak dari rakan-rakan Polis yang sengaja tidak masuk kerja untuk menghindari tugas ini, kerana kami tahu itu adalah bertentangan dengan agama,” kata salah seorang anggota Polis yang enggan dikenali.

Perlu diketahui, pelarangan penggunaan tudung bagi Muslimah di Uzbekistan bermula sejak tahun 2009. Kerajaan Uzbek menganggap bertudung adalah tindakan ekstrem dalam beragama.

Kerajaan di negara tersebut memaksa wanita Muslimah untuk tidak memakai tudung.., dan jika enggan, maka akan dipenjara selama 15 hari atau dikenakan denda.

Selain itu, pada 2009 juga Kerajaan Uzbek juga melarang rakyatnya daripada mengusahakan penjualan tudung. Ini dikatakan kerana penjualan tudung akan menggalakkan wanita membeli serta melanggar peraturan larangan bertudung. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *