Zahid Hamidi desak pemimpin Umno letak jawatan jika tak sokong PM.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan kepada para anggota Kabinet

yang tidak menyokong segala keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya melepaskan jawatan secara sukarela tanpa diminta berbuat demikian.

Beliau berkata, semua menteri Kabinet seaptutnya akur dan bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri tanpa wujud sebarang ketidakpuasan hati.

“Kalau ada dalam kalangan mereka hilang kepercayaan atau mempertikai keputusan, apatah lagi di tempat terbuka dengan mengeluarkan kenyataan terbuka, cara terhormat ialah dengan melepas jawatan tanpa diminta kerana telah hilang kepercayaan.”

“Saya tidak fikir perlu menunggu sehingga Perdana Menteri melakukan pemecatan atau penyingkiran,” katanya.

Ahmad Zahid menyuarakan demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Perdana Menteri baru-aru ini yang dilaporkan telah meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengannya dalam usaha pemulihan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya meletakkan jawatan.

Sebelum itu, beliau telah menghadiri majlis perhimpunan bulanan yang dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, semalam.

Memetik kata dua Perdana Menteri semasa mesyuarat Kabinet Jumaat lalu bagaimanapun tiada seorang anggota Kabinet menyatakan pendirian mereka tidak bersama Najib ketika diberi peluang berbuat demikian.

Ahmad Zahid dalam kenyataannya turut menegaskan, kuasa untuk melantik atau memecat mana-mana anggota Kabinet merupakan kuasa mutlak penuh Perdana Menteri.

Sementara itu, ketika ditanya tentang kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa anggota Kabinet tidak mampu menguruskan isu 1MDB dengan baik, beliau berkata, ia hanya pandangan peribadi bekas Perdana Menteri itu. – UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *