Anzalna Nasir Tak Kisah Berlakon Dengan Suami Orang

Drama ‘Aku Isterinya’ lakonan Izzue Islam dan Anzalna Nasir memang jadi kontroversi suatu ketika dulu.. Ada orang dakwa Anzalna ni dah bermasam muka dengan Izzue sebab dia kena jaga perasaan isterinya, Awin Nurin..

Awin ni cemburu tengok adegan mesra Anzalna dengan Izzue, pastu Anzalna turut didakwa terlebih gedik dengan Izzue..

Lepas jadi kes ni, ramai orang anggap Anzalna tak akan ambil ‘job’ kalau pelakon lelaki bakal berganding dengan dia tu suami orang.. Bagi Anzalna, dia tak ada masalah pun kalau berlakon dengan suami orang atas etika kerja.. Asalkan ada sikap  saling percaya antara suami isteri..

Kalau percaya dengan suami sendiri, kenapa nak cemburu tengok suami berlakon dengan wanita lain.. Releks sudah..

“Saya tiada masalah jika benda itu melibatkan etika dan profesional ketika bekerja. Komitmen itu perlu saya lunaskan jika mahu sesebuah karya itu berhasil. Tidak perlu ada batasan sehingga menyusahkan orang lain. Kalau isteri seseorang pelakon itu faham kehendak watak itu bagaimana, sudah tentu dia tidak akan melarang suaminya berlakon.

Saya seronok bekerja bersama dengan pelakon Hisyam Hamid dalam drama terbaharu lakonan saya berjudul Memori Cinta Suraya. Tiada masalah dan semuanya berjalan lancar. Apabila isterinya sudah memahami, saya jadi tidak risau,” jelasnya..

kalau isteri-isteri pelakon lelaki kat Malaysia ni rasa diri tu kuat cemburu.. Senang je jalan nak selesaikan.. Korang suruh suami korang cari kerja lain, jangan jadi pelakon.. Tak jadi pelakon tak ada la gandingan dengan pelakon wanita.. Tak ada adegan mesra bersama..hehe.. Miss A/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *