Artis melayu kena cerai sebab tak mampu beranak??

Pasangan yang berkahwin, Miss A pasti semua nak memiliki zurait sendiri.. Dah lama kahwin, tak ada zuriat lagi, mulalah si suami tu dok cari pasangan yang baru.. Kononnya, si isteri ni tak boleh bagi zuriat.. Cari madu untuk si isteri yang boleh beri zuriat.. Tak patut-patut..

Pelakon Raja Farah ni kan dah cerai 25 Mei lalu, lepas dah lima tahun mendirikan rumah tangga.. Ramai buat spekulasi, dorang ni bercerai sebab Raja Farah tak mampu bagi zuriat.. Ish! Ish! Betul ke kena cerai sebab tak boleh bagi anak kat suami?

Raja Farah tampil menafikan perkara itu..Terkilan tau, dia pulak yang kena tuduh punca dorang bercerai..  Sebenarnya gagal bagi zuriat buat suaminya tu bukan punca dorang berpisah.. Dah tak ada kesafahaman antara dorang..

“Saya sedih bila baca komen di blog-blog hiburan terdapat segelintir masyarakat masih menyalahkan saya dalam perpisahan ini dengan mereka melemparkan kata-kata yang saya tidak mampu beri anak.

Sebenarnya itu semua bukan sebab kami berpisah, namun saya tidak boleh dedahkannya kerana menghormati arahan mahkamah syariah. Apa yang boleh saya beritahu ialah kami tiada persefahaman lagi,” ujarnya..

Rumah tangga dorang dah mula goyang pada tahun ketiga perkahwinan.. Dorang dah ambil keputusan untuk tinggal berjauhan.. Mungkin kahwin pada usia muda juga punca dorang tak bersefahaman.. Tak matang..

Lepas ni Farah akan lebih berhati-hati dalam memilih pasangan.. Buat masa ni, Farah masih lagi trauma.. Semoga suatu hari nanti Farah akan jumpa jodoh yang lebih baik.. Miss A/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *