Artis ni pakai tudung sebab nak mengorat lelaki??

Tak pernah pulak Miss A tahu, awek kalau nak mengorat laki kena pakai tudung.. Kalau tak pakai tudung, tak boleh mengorat ke? Lagi satu suka hati je nak cakap orang yang pakai tudung ni, pakai tudung hanya nak mengorat lelaki..

Pandai pulak individu misteri ni nak nilai orang lain kan.. Itulah yang jadi kat pelakon Emma Maembong.. Ada individu tak dikenali dah tegur Emma ni pakai tudung hanya nak menunjuk dan nak pikat lelaki..

kalau Miss A kena tegur dengan orang macam ni memang dah berapi hati tu.. Pasti Emma pun rasa perasaan yang sama bila ditegur macam ni.. Pedas jugak kata-kata Emma untuk individu misteri tu tau!

Emma muatnaik gambar bersama Kamal Adli kat laman Instagram.. Entah kenapa ada seorang wanita ni tiba-tiba bagi komen pedas  kat gambar dorang.. Miss A rasa wanita ni minat dengan Kamal.. So tengok Emma dok rapat dengan Kamal tu yang dia jelous..

kalau tak ada point nak komen, lebih baik diam je.. Macam mana yang wanita misteri ni tahu Emma pakai tudung hanya untuk pikat lelaki.. Boleh baca isi hati orang er? Hebat betul orang zaman sekarang..

Tapi, Emma punya komen balas pada wanita tu memang win.. Kena setempek kat dahi.. Miss A/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *