Azmin mahu Anwar dibebaskan segera untuk SELAMATKAN negara.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini memaklumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu segera dibebaskan bagi memulihkan nilai ekonomi negara.

Menteri Besar Selangor itu berkata, Anwar tidak sepatutnya berada di dalam penjara yang hanya mempunyai tilam serta jamban yang bertiraikan besi geriji, tetapi perlu keluar dari bilik itu menyelamatkan negara dari terus ditadbir oleh Barisan Nasional (BN).

Tambahnya, Anwar tidak seharusnya berada di dalam penjara walau sesaat pun kerana negara memerlukan orang sepertinya untuk membawa perubahan kepada rakyat di negara ini.

“Datuk Seri Anwar tidak berhak berada di penjara. Bukan lima tahun,bukan empat tahun malahan satu saat pun tempatnya mesti dipulangkan balik kepada pangkuan keluarga dan rakyat,” kata Azmin ketika di temui di majlis Jelajah Amanat Presiden di Hotel Sunway semalam.

Kenyataan Azmin ini benar-benar mencuit hati Andy, mana tidaknya, beliau menggesa Anwar dibebaskan demi menyelamatkan negara yang kononnya kini dalam keadaan parah ekoran nilai matawang jatuh.

Hakikatnya, bukan nilai Ringgit sahaja yang jatuh, malah hampir kesemua nilai mata wang jatuh termasuk nilai mata wang Amerika Syarikat.

Setahu Andy, Anwar yang disanjung oleh puak pembangkang itu sendiri pun tidak dapat menyelamatkan nafsu serakahnya yang membawa derita kepada beliau untuk menjalani hukuman penjara di penjara Sungai Buloh. Bagaimana pula beliau mahu menyelamatkan negara ini??

Selain itu, apa yang merisaukan Andy ialah, jika Anwar dibebaskan beliau gagal mengawal nafsu serakahnya itu sehingga membawa Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas bersosial. Mahukah rakyat di negara ini dijadikan sebagai sebuah negara yang bebas bersosial?? -AndyBolat/Utaranews.com-

5 thoughts on “Azmin mahu Anwar dibebaskan segera untuk SELAMATKAN negara.

  • July 27, 2015 at 6:37 am
    Permalink

    Anwar selamatkan Negara? x masuk akallah si Azmin ni. Dia penjahanam negara adalah……….

    Reply
  • July 27, 2015 at 7:09 am
    Permalink

    Anwar adalah penjenayah dan mahkamah menetapkan 5 tahun penjara sebagai hukuman setimpal.Wajib bang non memohon ampun daripada Allah,Saiful,dan rakyat Malaysia serta istiqomahlah selama 5 tahun jika di panjangkan umur oleh Allah.

    Reply
  • July 27, 2015 at 12:45 pm
    Permalink

    Mabuk ketum ke Azmin nie…. malu saya sebagai rakyat Selangor ada MB bodoh noe

    Reply
  • July 27, 2015 at 4:47 pm
    Permalink

    Dah buang tebiat ke

    Reply
  • July 28, 2015 at 9:04 am
    Permalink

    Alwiwatul nuar brahem boleh balik cheruk tokkun 4 tahun 8 bulan lagi. Cukuplah kerosakkan yang telah dibuat

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *