Cerita sedih rakyat Malaysia terpaksa merempat didalam negara.

Ada 15 hinggit aje nak balik kampung, mana nak cukup! Naik motor pula tu dari Kuala Lumpur ke Tebrau, Johor. Jauh bak hang!!!

Tapi nak buat macam mana kan dah nasib Normaliza Mustafa, 36 bersama dua anak lelaki dia Muhamad Shariz Daniel Abdullah, 11 dan Muhamad Shafiz Daniel, 10 terpaksa naik motor untuk balik kampung dengan berbekalkan 15 hinggit aje!

Maliza ni sebenarnya ada enam orang anak tapi lagi empat orang anak dia ditempatkan di sebuah rumah kebajikan. Dia mai Kuala Lumpur nak urus surat beranak anak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya pada Oktober 2013.

Sebelum ni dia menetap di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Desa Mutiara, Tebrau, Johor. Dok kat ibu kota penuh dengan dugaan kerana tak ada tempat tinggal dan dua anak dia iaitu Nordiana Shafiza,12 dan Shafiz pun pernah hilang tapi nasib baik jumpa balik. 

“Lebih dua tahun kami hidup merempat. Saya mempunyai enam anak berusia 11 bulan sehingga 12 tahun, tetapi empat daripadanya saya tempatkan di sebuah rumah kebajikan kerana tidak mampu. Saya mengambil upah membasuh pinggan di beberapa restoran dan kadangkala mengemis demi sesuap nasi.

“Secara tiba-tiba suami menghilangkan diri beberapa hari sebelum menyambut Ramadan. Saya cuba mencarinya tetapi gagal, mungkin dia sudah tidak sanggup lagi hidup susah dengan saya,” kata Maliza.

Sedihnyaaaaaa….. macam-macam dugaan Maliza kena menghadapi, suami pun buat hal!! Masa dalam perjalanan tu diorang terpaksa berhenti di Surau Al Hijrah Bandar Springhill selepas habis petrol dan duit.

Nasib rakyat Malaysia ni jenis murah hati. Jemaah surau kat situ buat kutipan dan berjaya kumpul RM200 untuk bantu diorang teruskan perjalanan. Maliza balik kampung pun nak mulakan hidup baru balik. Moga-moga dimurahkan rezeki. – MissHana/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *