Hadi Awang BERDOA mohon Allah hukum pengkhianat PAS

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyelar tindakan pemimpin Pas yang tewas pada pemilihan lalu untuk menubuhkan sebuah parti yang baharu dengan mengatakan pemimpin terbabit menyertai Pas hanya kerana mahukan suatu jawatan dalam parti.

Hadi berkata, pemimpin tersebut sertai Pas bukan untuk memperjuangkan dan mempertahankan agama, tetapi mahu merebut jawatan dalam parti.

Dalam masa yang sama, Hadi turut memuji ahli parti yang terus setia berjuang walaupun berdepan banyak cabaran.

Hadi berkata, walaupun parti menempuh pelbagai cabaran dengan dianggap bodoh, miskin mahupun bangsat, mereka ini tetap setia bersama parti tanpa mengharapkan pangkat, jawatan atau kedudukan dalam parti.

“Bagi yang miskin dan bangsat kerana dipandang hina kebanyakan umum pula, mereka turut menyumbangkan doa serta tenaga dengan ikhlas tanpa terlibat dengan pertandingan pemimpin atau meminta menjadi calon dan jawatan.

“Kesemua mereka tetap dengan pendirian walaupun tidak dipilih dalam Mesyuarat Agong atau Muktamar. Mereka tidak dicalonkan dalam pilihan raya dan tidak mendapat projek dan balak, tetapi tidak merajuk dan terus beristiqamah,” kata Hadi.

Justeru itu, Hadi berkata pemimpin yang mahu menubuhkan parti baharu hanya menjadikan Pas sebagai batu loncatan untuk mendapatkan jawatan dan pangkat, dan pada penghujungnya parti itu akan terkubur.

“Sesiapa yang mengubah Pas lain daripada ketetapan Allah tersebut pasti tenggelam mengikut ketetapan Allah juga,” jelasnya.-Utaranews.com-

2 thoughts on “Hadi Awang BERDOA mohon Allah hukum pengkhianat PAS

  • 24/07/2015 at 6:51 am
    Permalink

    Kalau ada kuasa mcm doremon dia sumpah giant
    jadi katak maka lompatlah giant mcm katak.

    Reply
  • 24/07/2015 at 7:31 am
    Permalink

    Daripada dok berdoa laknat kat orang adalah lebih baik berdoa agar Allah selamatkan kelantan dari kalah PRU 14 nanti ada juga faedahnya.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *