Harga Upah Jahit Manik Di Baju Che Ta RM4,000?

Mak aih! Terbeliaq bijik mata Miss A dapat tahu jahitan manik untuk baju raya Che Ta je dah cecah RM4,000.. Tu baru manik, habis berapa harga baju raya Che Ta tu er? Mesti lagi mahal kan..

Miss A kalau Rm4,000 tu dah boleh beli 20 30 helai baju raya dah tau! Kaya betul Che Ta ni.. Sebenarnya Che Ta menerusi laman sosialnya hanya nak kongsi rasa tak puas hati dia dengan manik yang dijahit pada baju rayanya tu..

Dia rasa jahitan manis tu tak kemas, tak berbaloi dengan harga yang dia bayar iaitu Rm4,000.. Tapi, lain pulak jadi, bila perkara tu dah buatkan follower Che Ta berdebat sesama dorang..

Ada orang sifatkan Che Ta ni niat nak menunjuk-nunjuk.. Konon nak mengadu manik tak kemas, dalam hati nak bagitahu semua orang dia jahit manik je RM4,000.. Mahal kot! korang mampu..

Tapi, ada peminat Che Ta yang berfikiran positif, niat Che Ta hanya nak mengadu, manik yang dijahit tak berbaloi dengan harga dia bayar upah.. Dah bayar mahal, jahitan tu kena la setimpal dengan harga..

Apapun, masing-masing ada pendapat sendiri.. Bagi Miss A jumlah yang Che Ta bayar hanya untuk jahit manik kat baju RM4,000 tu memang mahal.. Tapi, orang macam Che Ta yang kaya ni, berapa lah sangat RM4,000 tu.. Che Ta pandang macam Rm40 je..hehe.. Miss A/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *