Ini saja yang mampu Nurul Izzah TIPU?? Memalukan Anwar saja.

Langsung tidak logik apabila 146 anak muda yang cenderung menyokong pembangkang, dikatakan mewakili 7 juta suara pengundi baru di Malaysia. Jauh sangat margin perbezaannya umpama langit dengan bumi kalau nak dibandingkan.

146 = 7’000’000…?? Agaknya Nurul Izzah nak berbohong kepada siapa? Pada dirinya sendiri atau pada segerombolan pengikut-pengikut setia Parti Keadilan Rakyat yang kini semakin hilang arah sejak Anwar dimasukkan ke penjara? Siapa yang bodoh disini? Nurul Izzah atau penyokong pembangkang?

Nurul juga mendakwa, anak-anak muda Malaysia kini mahu kerajaan baru yang lebih adil dan bebas skandal. Dan bila ditanya oleh media tentang anak muda mana yang dimaksudkan, disitulah tercipta pembohongan yang maha hebat iaitu anak perempuan Anwar tersebut menunding kepada 146 anak muda yang dikatakan sebagai wakil 7 juta pengundi baru. Memang lawak.

Patutlah PKR dan pembangkang masih tak mampu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional sejak sekian lama walaupun jutaan fitnah serta persepsi buruk ditaburkan didalam media sosial. Nurul sudah membuktikan bahawa hanya harapan palsu, angan-angan kosong serta pembohongan sahaja yang wujud dikalangan pembangkang.

Kalau 146 orang anak muda pun boleh dikatakan mewakili 7 juta pengundi baru, cuba bayangkan apa lagi yang anak perempuan Anwar itu mampu bohongkan pada rakyat Malaysia?

Dahulu bapanya berbohong mengenai 16 September serta Misi Tawan Putrajaya sehingga ramai yang terpengaruh berdemonstrasi di jalanraya. Kini Nurul Izzah pula mewarisi genetik kuat tipu dari bapanya itu untuk hidup dalam politik di Malaysia.

Jika Nurul Izzah mahu katakan kerajaan yang sedia ada ini sudah tidak sesuai memerintah sekalipun, tak perlu rasanya teruk sangat berbohong secara sengaja didepan media. 146 nak disamakan dengan 7 juta?? Budak sekolah rendah pun akan ketawa dengan kenyataan tersebut.

Ini sajakah taraf pemikiran serta seni politik dari Ahli Parlimen PKR yang juga merupakan anak kepada Ketua Pembangkang Malaysia?? Memalukan!!! – Chewan/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *