Jangan pura-pura tak faham kalau sudah memfitnah.. – Zahid Hamidi

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan The Edge sendiri perlu tahu mengenai artikel yang perlu diberikan surat tunjuk sebab kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Zahid berkata demikian selepas The Edge meminta KDN memperincikan secara khusus artikel yang dianggap salah dilaporkan oleh kementerian itu.

“Siapa makan cili dia rasa pedas, tidak perlu mereka hendak tanya kami artikel mana membabitkan perkara yang tidak benar. Mereka patut tahu,” kata Zahid.

Zahid berkata, jadi tidak ada keperluan untuk bertanya pihaknya artikel mana satu yang membabitkan maklumat yang tidak benar.

Menurutnya, The Edge perlu tahu sendiri artikel terbabit berdasarkan kepada maklumat yang diterima, terutamanya dari PetroSaudi International.

The Edge semalam mengesahkan menerima surat tunjuk sebab daripada KDN yang memberi mereka 7 hari untuk membalas penjelasan bertulis mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap The Edge Malaysia dan The Edge Financial Dailu mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Surat tunjuk sebab itu dikeluarkan hanya seminggu selepas Zahid memberi amaran kepada The Edge kerana laporan salah mengenai isu 1MDB.-Utaranews.com-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *