Kampung unik di Nepal.. Semua penduduk ada satu buah pinggang sahaja.

Korang pernah dengar ke kampung nama macam ni???? normal la kan nama kampung pelik-pelik kan macam  Kampung Bogel, Terengganu, Kampung Dada Kering, Pahang,  Kampung Imam Lapar, Terengganu dan banyak la lagi kalau nak bagitau penuh page ni. hhehehheh..

Tapi nama kampung selalu berdasarkan sesuatu kejadian yang berlaku sebab tu dinamakan macam tu kan!!! ni sebab apa pula kampung 1 buah pinggang ni???

Sebenarnya kampung namanya Kampung Hokse, Nepal tapi hampir semua orang-orang kampung kat situ mempunyai satu buah pinggang aje. Tau sebab apa?? Diorang jual satu lagi buah pinggang tu kat sindiket perdagangan organ bagi sara hidup.

Isyyy-iiissyy…macam tu sekali ke!! “Kami melihat ramai penduduk kampung lain sihat dan masih hidup selepas menjual buah pinggang mereka. Kerana terdesak mencari wang untuk membina rumah, saya dan suami akhirnya bersetuju,” kata salah seorang penduduk, Geeta selepas dipujuk sindiket tu untuk jual organ.

Dorang dibawa ke hospital di sempadan India untuk keluarkan buah pinggang. “Saya dan suami dibayar £2,600 (RM15,298) selepas buah pinggang kami dikeluarkan. Mereka memberitahu, organ kami itu akan diberikan kepada seorang pesakit buah pinggang,” kata Geeta.

Geeta dan orang kampung yang lain tu guna duit hasil tu beli tanah dan buat rumah tapi sekarang semua musnah kerana gempa bumi kuat bulan April lalu. Apa pula diorang akan jual ye lepas ni???teruk juga keadaan kat sana. Korang kat Malaysia ni bersyukur la kita cukup keperluan untuk hidup. MissHana/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *