Kantoi Ada 17 Kekasih Selepas Kemalangan..

Tembelang seorang lelaki yang bermain cinta dengan 17 orang wanita pecah apabila kesemua kekasihnya itu datang ke hospital serentak setelah dia terlibat dalam kemalangan.

Lelaki berusia dalam lingkungan 30’an itu juga turut mempunyai seorang anak dengan salah seorang kekasihnya itu.

Yuan, berasal dari Changsa, Hunan dikejarkan ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan dengan kecederaan yang tidak beberapa serius.

Kekantoian itu mengejutkan kesemua teman wanitanya dan juga kakitangan hospital apabila mengetahui bahawa kesemua wanita terbabit adalah kekasih Yuan.

Xiao Li, salah seorang teman wanita Yuan mengaku telah menjalinkan hubungan selama satu tahun setengah dengannya.

“Selepas mendapat berita dia terlibat dalam kemalangan, saya tidak berhenti-henti menangis kerana terlalu risau. Namun, apabila saya melihat semakin ramai gadis jelita muncul di hospital, air mata saya terus kering,” katanya.

Setelah mengetahui tembelang lelaki itu, Xiao Li menubuhkan group online bagi kesemua 17 wanita itu dan mendapati Yuan turut menjadikan beberapa teman wanitanya itu sebagai sumber pendapatannya setiap bulan.

Malah, seorang wanita juga turut mengaku telah membantu Yuan dari segi kewangan selama 9 tahun.

Wang Fang, yang mempunyai anak dengan Yuan berkata, walaupun tidak lagi mencintai Yuan, namun kasih sayang terhadap anak mereka tidak pernah pudar.

Seorang lagi mangsa, Xiao Ting berkata, Yuan adalah jodohnya dan mereka sudah mula merancang untuk berkahwin.

Reaksi netizen di negara itu pula berbeza apabila ada yang memuji serta mengagumi kehebatan Yuan dna mengkritikan 17 wanita terbabit kerana tidak bijak menghidu tembelang Yuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *