Luahan hati Zahid Hamidi terhadap Perdana Menteri Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat rombakan kabinet untuk memuaskan hati semua orang adalah perkara yang mustahil.

Zahid menjelaskan, sebagai seorang perdana menteri untuk membuat sebarang keputusan mengenai pentadbiran negara adalah berat kerana tidak semua pihak akan berpuas hati dengan keputusan kita.

Zahid berkata, walau apa pun keputusan Perdana Menteri, kita perlu menerima keputusannya kerana sebagai seorang perdana menteri beliau tahu dengan keputusannya itu dapat mengukuhkan lagi pentadbirannya.

“Mustahil kita dapat puaskan hati semua orang, kuasa mutlak di tangan perdana menteri, tentunya beliau ada pandangan sebelum keputusan itu dibuat,” kata Zahid.

Zahid turut menyentuh komen negatif daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai rombakan ini berkata, pada zaman Mahathir menjadi perdana menteri juga beberapa kali rombakan kabinet dilakukan.

Oleh itu, Mahathir tidak perlu mengeluarkan kenyataan mengenai rombakan yang dilakukan oleh perdana menteri bagi mengukuhkan pentadbiran kerajaannya.

“Beliau menjadi perdana menteri 22 tahun, selama 22 tahun banyak kali pembentukan Kabinet, rombakan Kabinet,” katanya.

Zahid yang mengulas mengenai komposisi Kabinet baharu Najib mencerminkan gabungan pemimpin baru dan lama serta mewakili keseluruhan parti komponen Barisan Nasional (BN).

“Komposisi Kabinet melihatkan ia mewakili bukan saja parti komponen BN, ia mewakili tokoh baharu, lama dan mereka dinaikkan pangkat,” katanya.-Utaranews.com-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *