Mahathir perlu jawab kenapa kroninya miliki kekayaan luarbiasa.. – JMM

Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzah menggesa Tun Dr Mahathir tampil menjawab dakwaan yang dibuatnya mengenai anak kedua Mahathir, Mokhzani Mahathir yang memiliki kekayaan luar biasa dalam tempoh singkat.

Azwandin berkata, Mahathir perlu tampil menjelaskan sumber yang diperolehi anaknya itu yang didakwa memiliki 18 koleksi kereta pelbagai jenama.

Jelasnya lagi, jika faktor keturunan dijadikan alasan ianya tidak masuk akal memandang datuk Mokhzani hanya merupakan seorang guru dan diluar kemampuan sebenar.

“Dr Mahathir perlu tampil memperjelas tentang dana modal anaknya. Malah, Mokhzani juga perlu tampil menjelaskan segera,” kata Azwandin dalam satu sidang media.

Azwandin berkata, beliau hanya mendedahkan harga kereta yang dimiliki Mokhzani tidak termasuk rumah dan aset lain.

Selain itu, beliau juga belum membuat pendedahan mengenai kekayaan yang dimiliki oleh anak Mahathir yang lain termasuk anaknya yang menjadi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Saya belum dedahkan lagi kekayaan anak-anak Dr Mahathir yang lain termasuk Mukhriz,” katanya.

Menurut Azwandin, beliau menggesa Mahathir tampil memperjelas kerana sebelum ini Mahathir pernah memaklumkan beliau tidak memiliki harta, tapi apa yang dicakapkan itu tidak sama seperti yang kita lihat kini.

Katanya, beliau kecewa dengan bekas perdana menteri itu kerana, Mahathir lantang mengkritik kelemahan orang lain sedangkan anak sendiri tidak diperlaku sedemikian.

“Sebelum ini beliau pernah berkata, saya (Mahathir) tidak ada duit tapi apakah kekayaan anaknya ini menunjukkan keluarganya tidak berduit?

“Dr Mahathir sentiasa menuduh dan bercakap keburukan orang lain tetapi beliau sendiri mempunyai masalah sendiri. Lupa nak tegur keluarga sendiri,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau mencabar Mahathir serta anaknya itu untuk menyaman beliau sekiranya pendedahan yang dibuatnya tidak benar.

“Jika pendedahan ini tidak benar saya silakan untuk saman saya secara terbuka dan saya yakin beliau tidak berani saman saya sebab saya ada bukti jelas,” jelasnya.-Utaranews.com-

One thought on “Mahathir perlu jawab kenapa kroninya miliki kekayaan luarbiasa.. – JMM

  • 15/07/2015 at 4:39 am
    Permalink

    Mahathir perlu jawab seperti mana beliau memaksa Najib menjawab segala tuduhan2 beliau.

    Mahathir ingat Malaysia ni bapak dia yang punya?Poorrraaaah!

    At the end of the day, you're just a mamak kerala. You are not above the rest of us. Stop looking down on the Malaysa. Mamak hanya memuji cinapek2 sambil menghina Melayu. Ingat si marina tu belajar dari sapa bila tak habis2 menghina Melayu/Islam sambil membela cinapek/kristian? Jangan perasan la, mamak kerala dan anak2 mamak kerala!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *