Mangsa Tsunami Acheh kini berjaya jadi pemain bolasepak Kelab Portugal

Siapa sangka kan.., pada tahun 2004 berlaku nya tsunami besar yang meragut banyak nyawa. Ia pastinya satu kejadian tragik yang tak dapat dilupa kan sampai bila-bila pun oleh keluarga mangsa… Time tu Miss Hana pun kecik je lagi… Kejadian tu memang menggemparkan satu dunia!! Hurmmm

Disebalik tragedi tu, seorang remaja Acheh, Martunis, 17, yang dulu nya kehilangan semua ahli keluarga dia kecuali bapak nya, Sarbini yang bercita-cita nak jadi pemain bola sepak kini dah jadi kenyataan.

Bukan calang-calang kelab dia bermain tau, kelab tu ialah kelab Portugal Sporting Lisbon yang pernah di sertai pemain terkenal seperti Cristiano Ronaldo dan Luis Figo.  Hhhuhhhuuhu….

Kejadian tsunami dan kehilangan ibu dan adik Martunis ni banyak hikmahnya. Selepas kejadian tu dia ditemui oleh wartawan Sky News dari England. Apabila ditemui bual oleh wartawan tu, Martuni kata,  “Saya tidak takut sama sekali. Saya mahu hidup dan bertemu dengan keluarga saya kembali dan menjadi pemain bola sepak.”

Hasil temu bual tu dapat perhatian ramai sampai kisah Martunis dapat simpati pemain bola sepak terkenal Portugal seperti Luis Figo, Nuno Gomes, Cristiano Ronaldo, pengurus pasukan Luiz Felipe Scolari, dan Gilberto Madail, ketua Federasi Bola Sepak Portugal.

Bukan takat tu aje selepas setahun kejadian tu berlaku pengurus pasukan Portugal, Luiz Felipe Scolari berjaya mendapatkan Cristiano Ronaldo (ketika itu masih berkhidmat dengan Manchester United) untuk berhenti sebentar di Banda Aceh semasa Ronaldo dalam perjalanan pulang dari permainan di bahagian timur bagi meluang masa bersama Martunis. Hhhhhuuuhhuu..untungnya badan!!!!!

Selain tu si Martunis ni untung Ronaldo sanggup biayai pendidikan Martunis sejak dia jumpa dengan Martunis. wahhhh…. Bagus juga Ronaldo ni….. bapa Martunis ni pun bangga dengan kejadian anak dia sekarang. Sapa yang tak bangga dengan kejayaan anak kan!!! MissHana/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *