Misteri Bukit gondol di P.Pinang.. DAP terus jadi buta

Sadis apabila pemandangan negeri Pulau Pinang yang berbukit kehijauan digondolkan menjadi botak dek aktiviti pencerobohan yang tidak dikenal pasti haram mahupun sebaliknya.

Pemandangan Pulau Pinang menjadi botak itu jelas dapat dilihat dari jambatan untuk menyusuri ke kepulaun tersebut kerana keluasan ‘kebotakan’ itu dianggarkan bersaiz sebuah padang bola sepak.

Menurut sumber, kawasan yang digondolkan tersebut ialah di Bukit Relau.

Bagaimanapun perkara itu mendapat perhatian penduduk di negeri itu yang mahukan kerajaan negeri DAP memberi penjelasan mengenai kebotakan yang berlaku itu.

Penduduk tersebut yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, kerajaan negeri DAP perlu tampil menjelaskan mengenai kegondolan yang berlaku di Bukit Relau itu.

Jelas penduduk itu, kawasan yang digondolkan itu agak kecerunan dan tidak sesuai dibangunkan untuk sesuatu pembangunan dan oleh itu kerajaan DAP perlu tampil menjelaskan mengenai status projek gondol tersebut.

“Kerajaan negeri dan Majlis Bandar Pulau Pinang (MBPP) mesti beritahu kami apa penjelasan bukit ini… Siapa yang bertanggungjawab untuk kemerosotan ini dan siapa yang meluluskannya.

“Kami mahu tahu apa jenis cerun bukit, adakah ia sesuai untuk dibangunkan pembangunan pada kecerunan itu. Hentikan degradasi bukit kami,” katanya.

Mengapa kejadian seperti ini boleh berlaku?? Adakah kerajaan DAP sengaja menjadi buta dalam aktiviti tersebut yang jelas dapat dilihat oleh semua orang yang memasuki Pulau Pinang itu??

Atau adakah kerajaan DAP telah menerima ‘bonus’ dari ‘pemaju’ yang giat melakukan aktiviti penggondolan itu untuk membisu serta membuta kan diri mengenai aktiviti tersebut??-Utaranews.com-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *