Nurul Izzah desak SPR batalkan keputusan PRU13..

Susulan tuduhan yang dilemparkan Wall Street Journal (WSJ) terhadap Perdana Menteri, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu.

Nurul Izzah berkata, selepas pendedahan yang dibuat oleh WSJ dan Sarawak Report (SR) mengenai pemindahan berbilion ringgit ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, PKR hari ini akan memfailkan saman sivil bagi membatalkan keputusan PRU13.

Tambahnya, PKR akan memfailkan saman tersebut dan akan menyerahkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kadar segera.

“Kami berharap akan memfailkan saman sivil ini secepat yang mungkin,” kata Nurul Izzah ketika ditemui di Petaling Jaya hari ini.

Menurutnya, tuduhan mengenai pindahan wang itu telah digunakan Najib untuk bagi membeli undi untuk memenangi PRU13 lalu.

Nurul Izzah berkata, jumlah maksimum yang boleh dibelanjakan untuk kempen pilihan raya bagi setiap calon ialah RM200,000 bagi calon Parlimen dan RM100,000 bagi calon Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti mana yang diperincikan di bawah Seksyen 19, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Beliau yang membuat kiraan jumlah yang perlu dibayar berkata, jumlah maksima yang dibelanjakan untuk kesemua calon Umno/BN bagi 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN berjumlah RM44.4 juta dan RM50.5 juta masing-masing.

Oleh itu, sejumlah RM2.6 bilion yang didakwa berada dalam akaun peribadi Najib adalah 26 kali lebih daripada had perbelanjaan yang dibenarkan.

“Lanjutan daripada aduan yang dikemukakan, wajib diingat bahawa jumlah maksimum yang boleh dibelanjakan untuk kempen pilihan raya bagi setiap calon ialah RM200,000 (Parlimen) dan RM100,000 (Dewan Undangan Negeri) sepertimana yang diperincikan di bawah Seksyen 19, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Oleh yang demikian,  sepatutnya jumlah maksima yang dibelanjakan untuk kesemua calon Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN berjumlah RM44.4 juta dan RM50.5 juta masing-masing.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM94.9 juta, jauh lebih rendah daripada jumlah yang didakwa digunakan oleh BN iaitu RM2.67 billion,” katanya. –Utaranews.com-

One thought on “Nurul Izzah desak SPR batalkan keputusan PRU13..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *