Pakcik diselubungi DUKA setelah jumpa RM500 di Alor Star

Rezeki ke tu???? Tak tau sapa empunya duit tu kan. Tak boleh-boleh!!! Ni bukan durian runtuh. Maybe sebelum ni ada kad seseorang tu tersekat sebab tu tiba-tiba duit keluar dari mesin.

Wan Mohd Assamudin Ahmad, 50 terkejut bila mesin ATM tiba-tiba keluarkan duit sebanyak RM500 sebelum dia masuk kad dia di Alor Setar baru-baru ni. Dia nak keluar duit simpanan di BSN Jalan Tun Razak, Alor Setar, pada 31 Mac lalu tapi gagal nak masukkan kad.

Menurut Assamudin, lepas tu dia cuba tekan beberapa butang di mesin itu dan tiba-tiba satu kad pintar telah keluar dari mesin itu, kemudiannya wang sebanyak RM500 turut keluar dari mesin berkenaan.

“Bimbang dengan duit itu yang tidak tahu hak milik sesiapa saya terus mengambilnya untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.

“Apabila pulang ke rumah saya tertinggal kad pintar yang terkeluar dari ATM di mesin itu, selepas pergi semula ke mesin berkenaan saya mendapati kad pintar itu sudah tiada dan saya pulang semula,” kata Assamudin.

Sapa pula yang ambil kad tu ae??? Hmmmm… Assamudin tak senang duduk, dia pun pi jumpa pengurus BSN untuk serah duit tu. Tapi pengurus tu suruh Assamudin simpan dulu sampai pemilik dia mai tuntut.

“Sehingga hari ini saya difahamkan belum ada pihak datang ke BSN untuk menuntut wang berkenaan dan ini sangat merisaukan saya.

“Selepas beberapa hari saya juga turut menerima penyata akaun dari bank dan mendapati wang saya tidak terjejas,” kata Assamudin.

Sapa yang boleh duduk diam noh, kita dok simpan duit entah sapa yang punya. Mesti risau kalau terguna ke kan. Tapi pelik juga pi mana pemilik tu ae??? Dia tak ada buat report ke kat bank tu kata kad dia tersekat ke kan dengan duit dia lagi!

Ni kalau jumpa dekat orang jenis sambar aje, habis duit tu dia kebas!! Nasib baik pak cik Assamudin yang jumpa. Siap bagi nombor telefon lagi 0164166676. Pemilik  tu boleh la call. – MissHana/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *