Parti baru Mat Sabu adalah parti suruhan DAP.. – Mustafa Ali

Bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyifatkan penubuhan parti Gerakan Harapan Baru (GHB) sebagai parti proksi kepada DAP semata-mata dan tidak akan kekal lama.

Mustafa berkata, penubuhan GHB bagi menggantikan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas hanya menggaburi mata rakyat, sebaliknya penubuhan parti tersebut hanyalah sebuah parti suruhan DAP.

“Apa matlamat Harapan Baru? Ia hanya kesinambungan daripada PasMa yang diharapkan DAP untuk ganti Pas,” kata Mahfuz.

Beliau turut memaklumkan penubuhan itu tidak memberi impak kepada Pas memandangkan penubuhan GHB tidak akan berkekalan.

Jelasnya, GHB tidak akan menggugat kedudukan Pas dihati rakyat kerana parti Harapan Baru itu tidak mempunyai sokongan rakyat dan cuma disokong dan didokong oleh kepimpinan DAP.

Tambahnya, kepimpinan PKR juga tidak memberi sokongan penuh kepada penubuhan parti itu.

“Persepsi Harapan Baru hanya proksi kepada DAP saja, ia adalah sebuah parti yang disokong DAP dalam apa bentuk sokongan sekalipun. Parti ini tidak ada apa-apa melainkan mendapat sokongan DAP. Majoriti PKR bersama Pas,” katanya.

Beliau mengulas lanjut berkata, penubuhan itu dilaksanakan oleh pemimpin Pas tidak puas hati apabila tewas pada pemilihan bulan yang lalu.

Mustafa berkata, oleh kerana tiada apa-apa jawatan dalam parti dan gilakan kuasa dalam parti, mereka telah bersepakat untuk menubuhkan satu parti baru bagi mendapatkan jawatan yang diidamkan.

“Ia hanya kes beberapa pimpinan tidak puas hati masa pemilihan. Bukan suatu yang spontan walaupun buat pertama kali jawatan presiden dipertandingkan,” katanya.

Harapan Baru secara umum dirasmikan pada Isnin lalu yang dipengerusikan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Hampir semua pemimpin PAS yang disingkirkan dalam pemilihan muktamar ke-61 Jun lalu menyertai sidang media ini kecuali beberapa orang termasuk bekas naib presiden Datuk Husam Musa yang tidak sihat dan bekas ketua penerangan, Datuk Mahfuz Omar.-Utaranews.com-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *