PAS dan UMNO akan bergabung demi melayu/Islam..

Pas dan UMNO diyakini bakal bergabung kembali bagi mewujudkan kerjasama dalam pembentukan kerajaan.

Keyakinan tersebut datangnya daripada Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Sabbaruddin Chik.

Menurut beliau, adalah tidak mustahil perkara itu berlaku sekiranya Pas melapangkan dada bekerjasama dengan parti bukan Melayu yang berada dalam Barisan Nasional (BN).

“Untuk melihat penggabungan ini berjaya perlu melihat kesudian Pas untuk bekerjasama dengan parti bukan Melayu seperti MCA dan MIC yang ada dalam BN.”

“Penggabungan Pas dan Umno adalah idea yang baik melihatkan kepada senario politik kini,” katanya, semalam.

Oleh itu, katanya, persengketaan yang telah lama wujud di antara kedua-dua parti tersebut perlu segera dihentikan.

“Sampai bila nak bergaduh? Ini bukan waktu untuk bergaduh lagi. Kalau boleh bergabung itu adalah yang terbaik,” katanya.

Jelas Sabbaruddin, demi kepentingan masyarakat Melayu dan Islam, Pas dan UMNO perlu memikirkan idea
penggabungan itu secara lebih serius.

“Saya percaya sudah ada cakap-cakap dalam kedua-dua parti (mengenai penggabungan ini). Jika tidak, mana mungkin perkara ini akan diperkatakan sekarang,” katanya.

Memetik kenyataan bekas pemimpin kanan BN yang tidak mahu dinamakan baru-baru ini menerusi portal bahawa kedua-dua parti tersebut akan berganding bahu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang. – UtaraNewscom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *