PAS khuatir parti Mat Sabu akan gugat ukhwah umat Islam.

Kemunculan parti Islam baharu yang bakal diasaskan oleh bekas pemimpin kanan Pas dikhuatiri akan melemahkan dan memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob ketika ditemui berkata, perbezaan ideologi politik bukan sahaja akan mengundang perpecahan malah akan menyebabkan sua­ra umat Islam men­jadi semakin ke­cil dalam sebuah ne­ga­ra majmuk yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

“Mana-mana pihak bebas untuk tubuh parti. Tetapi untuk membentuk sebuah parti baharu yang juga berasaskan Islam, saya takut akan mengecilkan dari segi suara. Banyak sangat parti Islam,” katanya selepas majlis Penyerahan Bantuan Banjir Petronas di Kota Bharu, semalam.

Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pe­ngu­muman bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kelmarin untuk menubuhkan parti politik baharu atas inisiatif Gerakan Ha­rapan Baharu yang mana ia dianggotai oleh pemimpin yang kecundang dalam pemilihan Pas awal bulan lalu.

Ge­rakan Harapan Ba­haru itu sepertimana yang dilaporkan sebelum ini akan mengadakan siri jelajah pertama di Kelantan pada Ahad ini.

Malah, gerakan tersebut juga dilihat sengaja untuk menyerang Pas Kelantan ekoran kekuatan parti itu di negeri tersebut.

Kumpulan profesional yang kalah dalam pemilihan Muktamar Pas Ke-61 Jun lalu mengumumkan penubuhan sebuah kumpulan dinamakan “Gerakan Harapan Baru” untuk mengasaskan penubuhan satu parti politik baharu berteraskan Islam. –UtaraNews.com

3 thoughts on “PAS khuatir parti Mat Sabu akan gugat ukhwah umat Islam.

  • 17/07/2015 at 10:33 am
    Permalink

    Tak fikir ramai org Islam yg akan percaya akan klentong dia ni.Bolayan aje.

    Reply
  • 18/07/2015 at 3:00 am
    Permalink

    Tengok muka Mat Sabu pun dah menyampah, mcmana nak join Parti baru yg diasaskan oleh dia.
    Ini semua kerana Gila kuasa nak jadi Pemimpin, Pemimpin yang akan membawa Negara jadi Kucar Kacir..
    Kita tolak mentah2 jangan terhasut dgn Pemimpin mcm Mat Sabu.

    Reply
  • 20/07/2015 at 7:18 am
    Permalink

    Sejak sekian lama PAS sendiri dah pecahbelahkan ummat islam malaysia.

    Parti mat sabu hanya akan pecahbelahkan pengikut PAS sahaja. Mereka-mereka yg mengelar diri mereka ummat islam ….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *