PBA dan DAP rompak duit rakyat di P.Pinang melalui SurCaj air..

Kejam!!! Kejam!!! Kejam!!! Itulah yang boleh Andy katakan kepada kerajaan negeri dibawah Pulau Pinang dibawah pentadbiran DAP.

Mengapa Andy katakan kerajaan negeri DAP itu kejam?? Ini kerana mereka telah rakus menguasai kuasa yang diberikan rakyat pada pilihan raya umum (PRU) lalu dengan merompak duit rakyat secara halus dan taktikal.

Mana tidaknya, bil air yang dibawah kerajaan negeri pada awalnya mula mengenakan caj tersembunyi iaitu caj 90 sen jika membuat bayaran di pejabat pos, sedangkan caj itu perlu ditanggung oleh Syarikat Perbadan Bekalan Air (PBA).

Kini mereka mula mengenakan caj ‘surcaj PBA’ dibawah kod 29 yang dikenakan hampir 50 peratus dari caj penggunaan liter air. Tidak masuk akal harga surcaj yang dikenakan ini.

Sikit demi sedikit mereka mula merompak wang rakyat dan tidak mustahil akan dikenakan lagi ‘caj’ tersembunyi oleh kerajaan negeri itu.

Lebih menyakitkan hati apabila caj yang dikenakan terlalu tinggi itu tidak setimpal perkhidmatan yang diperoleh oleh penduduk di negeri itu. Mana tidaknya, ada harinya, air begitu keruh sehingga pengguna terpaksa mengeluarkan wang perbelanjaan membeli alat penapis untuk menggunakan sumber air itu untuk kegunaan harian.

Malah, ada juga dikawasan-kawasan tertentu tekanan airnya begitu rendah sehingga menyebabkan pengguna terpaksa menahan air terlebih dahulu dan perkara ini juga menyebabkan pengguna terpaksa membeli bekas yang lebih besar untuk menahan air.-AndyBolat/Utaranews.com-

2 thoughts on “PBA dan DAP rompak duit rakyat di P.Pinang melalui SurCaj air..

  • 27/07/2015 at 4:14 am
    Permalink

    Ni semua angkara PAS bantu kafir tawan Pulau Pinang. Rakyat di tindas. Semoga perlakuan pemimpin PAS dibalas sewajar nya di akhirat kelak.

    Reply
  • 27/07/2015 at 4:45 am
    Permalink

    PBA kenakan surcaj sebab nak bayar elaun kepada Mat Sabu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *