Peniaga kantoi tipu jual kuih raya..

Ini kes kena tipu atau si customer ni yang tak berapa cerdik hohooo! Bukan apa, seorang pengguna facebook ni menzahirkan rasa tak puas hatinya lepas beli kuih raya. Katanya beli kuih raya tapi dapat keropok jajan.

Nampak je kat luar macam kuih tu berisi penuh satu balang tapi bila buka rupa-rupanya ada rongga kat dalam hahaha. Habuan la, tapi yang mushkilnya betul ke si peniaga ni menipu? Bukan apa sebab Gomez tengok kuih dalam tu macam banyak jugak.

Dan balang yang si peniaga ni gunakan agak besar dari biasa. Selalunya dorang jual kuih raya guna balang yang kecil je muat untuk 50 biji. Tapi balang ni nampak besar semacam je betul tak?? Mungkin ini la taktik orang berniaga.

Dorang guna balang yang besar sebab nak nampak banyak padahal kuih dalam tu ada 50 biji je sesuai la dengan harga yang dorang jual tu. Kalau nak murah tapi banyak buat sendiri la kuih raya dik oi hahaha.

Ini la orang panggil marketing strategi. Lain kali kira dulu kuih dalam tu cukup ke tak, kalau tak cukup haaaa memang agak kurang ajar jugak la si peniaga tu sebab menipu.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *