Penjawat Awam jangan cemarkan imej negara.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini menasihati semua penjawat awam agar tidak mencemarkan imej negara.

Ali Hamsa menasihati penjawat awam berikutan terdapat beberapa penjawat awam kini mula mempertikaikan tindakan kerajaan walhal mereka merupakan salah seorang anggota kakitangan kerajaan.

Ali Hamsa berkata, kakitangan kerajaan sepatutnya tidak melibatkan diri dalam mana-mana perhimpunan mahupun aktiviti yang menentang kerajaan kerana ini akan mencemarkan lagi imej perkhidmatan awam.

Katanya, kakitangan seperti ini perlu dikenakan tindakan tegas kerana mereka dianggap sebagai pengkhianat kepada kerajaan.

“Ini termasuk laporan berikutan siasatan pihak polis Thailand bahawa ada pihak tertentu dalam negara bersama anasir luar yang terbabit dalam konspirasi terhadap kepimpinan negara untuk mengganggu-gugat proses demokrasi negara.

“Perkara ini boleh mengancam ketenteraman awan dan keselamatan negara serta merupakan tindakan khianat terhadap negara,” kata Ali Hamsa.

Wajarkah anda sebagai seorang kakitangan kerajaan perlu mempertikaikan dan melawan tindakan yang dilakukan kerajaan? Sedangkan anda sudah merasai banyak faedah yang dilakukan oleh kerajaan sehingga hari ini.

Andai Andy diberi peluang mengisi kekosongan kakitangan kerajaan, sudah pasti Andy akan bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh kerajaan kepada kakitangannya berbanding kakitangan swasta yang sehingga hari ini mengeluh nasib yang diterima mereka.

Selain itu, Andy juga akan terus menyokong usaha kerajaan untuk membawa negara ke mata dunia sekaligus mencapai wawasan 2020.-AndyBolat/Utaranews.com-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *