Penyebar fitnah harus kemukakan bukti atau berdepan saman.. – Khairy Jamaluddin

Penyebar finah ke atas kepimpinan kerajaan dan negara digesa mengemukakan bukti dakwaan terlebih dahulu atau mereka bakal berhadapan dengan tindakan saman.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, dalam hal ini, Pemuda UMNO tidak akan bertolak-ansur atau menerima sebarang usaha dari pihak tidak bertanggungjawab untuk memfitnah kerajaan, kepimpinan kerajaan mahupun kepimpinan negara kerana ia memerlukan bukti dan datang dari sumber yang sahih.

“Kita sangat khuatir dengan perkembangan terkini… fitnah sangat berleluasa seolah-olah rakyat tidak ada banyak usaha dan tidak ada banyak komitmen untuk semak kesahihan berita tersebut.”

“Ramai dalam kalangan rakyat kita terutamanya orang muda yang tidak buat usul periksa yang hanya forward sahaja apa yang mereka terima… tidak guna akal fikiran untuk mengkaji berita yang mereka dapat betul atau tidak,” katanya kepada media.

Katanya, perbuatan fitnah tersebut bukan sahaja menjejaskan kredibiliiti pemimpim malah turut menjejaskan kredibiliti negara di mata dunia.

“Kita tak boleh menjadi masyarakat yang matang. Saya risau ini bukan hanya bagi kesan kepada politik tetapi boleh juga memudaratkan ekonomi kita.”

“Kalau sekiranya berlaku begini dan masyarakat antarabangsa, pelabur-pelabur asing akan rasa kurang yakin dengan Malaysia disebabkan berita-berita yang kita tak tahu kesahihannya sama ada betul atau tak.”

“Kita mesti bertindak cepat untuk minta bukti tersebut kalau sekiranya tuduhan dibuat kalau tidak kita tidak ada pilihan lain kita terpaksa saman pihak-pihak yang berkenaan suapaya masyarakat umum tahu kita tidak akan menerima sebarang usaha untuk menfitnah kerajaan, kepimpinan kerajaan dan kepimpinan negara kita.”

Jumaat lalu, Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report mendakwa bahawa hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) wang didakwa didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib pada 2013. – UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *