Polis buru penduduk kampung yang belasah “Pencuri Lembu”..

Penduduk kampung di Felda Jengka 17 yang bertindak samseng kini diburu polis selepas belasah dua orang pekerja sebuah ladang sampai lunyai. Dua pekerja tersebut juga dipaksa makan tahi lembu kerana disyaki mencuri lembu seorang peneroka.

Memang teruk Miss Hana tengok diorang kena. Bukan setakat tu aje diorang buat tau.., penduduk kampung bakar sampai hangus kereta Proton Persona yang disewa oleh dua orang lelaki tu. Ganas sungguh noh!!!

“Video tindakan kumpulan terbabit membelasah dan memaksa dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu memakan tahi lembu kini menjadi viral di laman sosial.

“Polis sedang menyiasat daripada pelbagai sudut termasuk kemungkinan berlaku salah faham dalam insiden ini kerana polis belum mengenal pasti sama ada dua lelaki warga tempatan itu terbabit dengan kes curi lembu menggunakan Proton Persona berkenaan.

“Justeru, kami meminta saksi yang melihat kejadian itu supaya tampil memberi maklumat bagi memberi keadilan kepada semua terbabit,” kata  Ketua Polis Daerah Maran, Asisten Superinten­dan Mat Rizal Mat Razi.

Selain tu, pemilik lembu tu yang mendakwa lembu dia kena curi pun belum buat report polis setakat ni. dua orang lelaki kena belasah teruk cedera teruk di kepala dan badan tapi dah stabil dirawat di Hospital Bandar Jengka.

Ada yang kata salah seorang tu meninggal la tapi dua-dua tu masih hidup aje! MissHana/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *