Ramalan LRT Terbakar ada di wang kertas RM10??

Baru-baru ni kan pernah viral pasal wang RM10 yang tertera gambar dua pengangkutan awam kapal terbang dan kereta api laju serta kapal minyak. Kononnya la kata dorang kapal terbang dalam gambar wang kertas tu dikaitkan dengan isu kehilangan MH370 yang sampai sekarang masih menjadi tanda tanya.
Kapal minyak pulak baru-baru ni heboh pasal kes kena culik dengan lalu.. So dorang tertanya-tanya apa pulak yang bakal berlaku pada kereta api laju??
Tak tahu la ini semua kebetulan atau suratan takdir, semalam Sebuah gerabak tren Transit Aliran Ringan (LRT) terbakar berhampiran dengan Stesen Setiawangsa, Kuala Lumpur. Kejadian berlaku pagi semalam, katanya berpunca dari masalah brek.
Haaaa disebabkan berlaku kejadian LRT terbakar tum aka complete dah terjawab sudah tanda tanya korang tu. Hahahhahah Gomez rasa semua ni mengarut jela!! Khurafat tau tak percaya benda karut macam ni.
Semua ni takdir la takde kena mengena pun haaaa. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizah Ismail berkata masa anggota dorang tiba asap tebal sudah pun memenuhi ruang gerabah tren tue.
“Ketika bomba tiba, gerabak sudah dikosongkan dan kereta api itu digerakkan ke lokasi landasan yang lebih selamat oleh petugas LRT.

“Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada masalah brek. Api dapat dikawal dalam masa tiga minit dan padam sepenuhnya kira-kira 20 minit kemudian,” katanya.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *