Remaja rosak akhlak bukan sebab tengok Drama Melayu.. – Ziela Jalil

Semalam, mesti ramai yang tak melepaskan peluang untuk menonton drama ‘Dia Isteri Luar Biasa episod yang terakhir kan? Walaupun banyak kontroversi yang melanda drama tu, tapi dengarnya episod last masih dapat sambutan yang baik..

Selaku penerbit drama ini, Ziela Jalil pasti tahu setiap kontorversi yang melanda dramanya.. Ziela tampil memohon maaf pada mana-mana pihak yang kurang senang dengan adegan romantik yang ditonjolkan dalam drama ni sehingga ada yang mendakwa ini drama maksiat..

“Apabila bercakap tentang hukum hakam Islam, saya tidak mengiakan benda yang salah dan tidak menghalalkan cara. Kalau nak ikutkan, banyak benda yang kita tidak boleh buat dalam drama.Bukan senang…

Sebagai contoh, saya seorang ibu seronok melihat kepulangan anak lelakinya. Kalau seronok, takkan nak berdiri dan tunjuk mimik rasa gembira sahaja. Mesti kena peluk sebagai tanda sayang dan rindu.

Bagaimanapun segala kritikan yang diberi saya terima dengan fikiran terbuka dan akan lebih berhati-hati menghasilkan drama pada masa akan datang,” jelasnya..

Bagi Ziela dia tak rasa drama seperti ini boleh merosakkan akidah kanak-kanak yang masih belajar ilmu agama.. Kalau ada remaja yang rosak akhlak, semua itu bergantung pada diri remaja tu, bukan sebab tengok drama “Dia Isteri Luar Biasa” akhlak remaja boleh rosak..

Pembentukan remaja sekarang ni bermula dari cara didikan ibu bapa sendiri.. Kalau akhlak anak-anak rosak tu salah ibu bapa la kan tak pandai didik anak.. Apapun, semua pihak sebenarnya memainkan peranan yang penting..

Bukan hanya menuding jari pada didikan ibu bapa.. Kalau ibu bapa dah beri didikan yang baik.. Tapi pengaruh luar pun boleh memberi kesan pada akhlak seseorang remaja.. Miss A/UtaraNews.com

One thought on “Remaja rosak akhlak bukan sebab tengok Drama Melayu.. – Ziela Jalil

  • 01/07/2015 at 9:41 pm
    Permalink

    Ziela jalil nak cuba nafikan kesan bhn tontonan thdp minda penonton. Kalau begitu ziela tak pyhlah beria ia membuat drama yg bagus dan berkesan di hati penonton sbb bukan penonton perduli. Bukan terkesan pun.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *