Setiausaha Agung PAS dedah rancangan jahat DAP menerusi GHB.

Penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) oleh kumpulan yang digulingkan dalam pemilihan PAS pada Jun lalu adalah rancangan DAP untuk memecahkan parti, kata Setiausaha Agung parti Islam itu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Selain itu Ahli Parlimen Kota Baru itu berkata, DAP mengetahui bahawa mereka tidak boleh menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat sekiranya PAS terus bersatu. Takiyuddin juga menuduh DAP bertanggungjawab menyalurkan dana kepada GHB.

“Kami menyedari rancangan halus DAP, tetapi masih mendiamkan diri selama ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Hari Raya di sini.

Sebelum ini Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata PAS tidak akan menjadi sebahagian daripada pembentukan pakatan pembangkang baharu kerana mendakwa parti itu menjadi punca berakhirnya kerjasama Pakatan Rakyat. Beliau juga berkata penyediaan dana kepada GHB bukan isu yang penting untuk diperkatakan.

Takiyuddin berkata, kesediaan DAP untuk membiayai parti baharu itu nanti adalah bukti jelas bahawa GHB merupakan satu langkah untuk memecahkan PAS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *