Ummah melayu tunjuk bebal berdoa pada SignBoard Masjid.

Sekali perbuatan yang agak bodoh dilakukan dan menjadi viral, maka makin ramai la pengikut di belakangnya nak turut serta untuk viralkan dan femeskan diri dorang masing-masing. Mungkin seronok kot noh gambar dorang dikongsi merata-rata.

Gomez tidak berapa senang melihat gambar yang menjadi trend sekarang ni, bergambar dekat depan pintu masjid yang diberi nama Masjid Desa Temu Jodoh. Kononnya melutut kat atas tanah depan signboard nama masjid tu kemudian tadah tangan kononnya berdoa agak cepat ditemukan jodoh.

Cehhhhh…Macam tak kena je cara dorang ni, memalukan imej rumah ibadat milik agama sendiri. Kalau nak jodoh cepat baik masuk dalam masjid tu buat solat hajat ke tahajud ke ada jugak faedahnya dari melutut depan tembok.

Bukan sempoi pun, sejak satu gambar tu jadi viral kini makin ramai pulak dok pi selfie dengan kelakuan macam tu. Kalau macam ni la gayanya memang tak dapat jodoh la..Orang berdoa ikhlas bukan mainan.

Walaupun dorang anggap ini semua sekadar gurauan je dan buat suka-suka tapi bagi Gomez dan netizen lain rasanya tak patut kot buat macam ni. Masing-masing dah cerdik tak kan adap kat masjid pun nak kena ajar lagi.-TiraGomez/UtaraNews.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *