[VIDEO] Penjual handphone tiruan di BatuPahat Mall hampir dibelasah..

Satu pergaduhan kecil diantara penjual telefon bimbit dengan pelanggan diberitakan berlaku di Batu Pahat Mall berpunca dari telefon buatan China.

Menurut sumber, pelanggan tersebut telah berasa tertipu dalam satu urusan jual beli smartphone. Oleh kerana tidak puas hati, mereka datang kembali ke kedai tersebut untuk menuntut penjelasan dan meminta kembali wang mereka.

Wang untuk membeli telefon bimbit berkenaan difahamkan adalah hasil dari kutipan adik beradik tersebut untuk dihadiahkan kepada ibu mereka sempena Aidilfitri.

Didalam rakaman video terbabit, penjual berkenaan mengakui telefon bimbit tersebut adalah buatan China namun langsung tiada sebarang rasa bersalah ditunjukkan walaupun “kantoi” menipu.

Menurut adik pelanggan tersebut dilaman sosial Facebooknya, mereka telah membuat laporan Polis terhadap peniaga terbabit kerana melakukan penipuan. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *