[VIDEO] Warga Singapura dera ibu sendiri macam hamba abdi..

Biadap betul perangai perempuan ni!! Dirasuk syaitan ke apa sampai sanggup layan ibu kandung sendiri macam hamba abdi. Perempuan ni bukan saja layan ibunya tidak lebih dari seorang hamba, tetapi warga emas malang tu juga turut menjadi mangsa punching bag perempuan durjana tu.

Kejadian ini berjaya dirakam oleh kejiranan mangsa, mangsa dilihat terpaksa membuat kerja rumah dengan menyapu sampah di hadapan rumah mereka sambil diperhatikan oleh anak perempuannya sendiri.

Mangsa jugak di lihat telah dibotakkan kepala selain terdapat kesan lebam di muka. Kesiannnnn.. sudah la dah berumur nak jalan pun harap pegang dinding je lepas tu dipaksa pulak buat kerja rumah kurang ajar betul!!

Ntah apa salah ibunya tu, siap kena lempang pulak beberapa kali. Yang adik beradik lain mampu tengok je ke?? Jiran pulak macam tak berani nak masuk campur. Nasib baik la ada sorang jiran ni bertindak viralkan video yang dirakamnya.

Kejadian ini berlaku di Singapura, disebabkan tersebarnya video tersebut pihak Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura mengambil tindakan segera menyelamatkan wanita malang itu dan anaknya ditahan bagi siasatan lanjut. Harap perempuan tak guna tu dapat balasan setimpal.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *