Awie sudah meninggal dunia???

Haish.. Miss A pun naik rimas dah dengan perkara macam ni tau! Kalau masuk kali ini dah hampir tiga orang selebriti tanah air kita difitnah dengan berita palsu kematian dorang.. Kalau sebelum ini penyanyi Hazami, pelawak Pak Pie..

Terkini, penyanyi rock terkenal Awie pulak dikhabarkan meninggal dunia.. Tak ada angin tak ada ribut.. Dapat berita dia meninggal dunia.. Nak kata dia ada sakit apa-apa, tak ada pun.. Macam mana yang berita dia meninggal boleh tersebar?

Berdasarkan maklumat yang Miss A dapat, berita kematian Awie ni boleh berlaku bila ada perkongsian semula keratan akhbar bertarikh 26 November 2013 pasal Awie meninggal dunia.. Awie yang dimaksudkan tu ialah ‘Awie Lahad Datu’ atau nama sebenar Maslee Lumayan..

Disebabkan itu ada pihak yang tak bertanggungjawab saja menggunakan keratan akhbar ini memfitnah Awie Wings meninggal dunia..

Awie pun sampai dah naik bengang bila sering dikaitkan dengan berita palsu dirinya meninggal.. Mungkin orang ni memang dok harap Awie betul-betul meninggal agaknya.. hmm..

“Dari semalam orang cerita pasal ni. Saya tak tahu kenapa dan apa tujuan penyebar berita palsu ini,”kata Awie..

Kalau korang nak tahu, buat Awie.. Ini  dah kali kedua dalam tahun di berita dia dah meninggal dunia.. Macam-macam hal betul, nak sangat dok wujudkan berita palsu pasal hidup mati seseorang.. Miss A/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *