Bapa biarkan anak gadis mati lemas semata-mata demi maruah.

Alahaiii sampai macam tu sekali tak mau anak perempuan dia disentuh walaupun dalam keadaan bahaya!!

Di Dubai, seorang bapa dilaporkan rela membiarkan anak perempuan dia mati lemas daripada diselamatkan dua anggota penyelamat. Dia tak mau anak perempuan dia disentuh oleh lelaki asing. Ishhhhh-ishhh.. Daripada biar anak tu mati lemas ibarat membunuh anak aje!!

“Memang kejadian ini tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Kami semua terkejut dengan pendirian lelaki itu.

“Keluarga terbabit datang ke pantai untuk berkelah dan anak-anaknya sedang mandi apabila tiba-tiba gadis berkenaan lemas.

“Dua anggota penyelamat yang berada di situ bergegas mahu membantu, tetapi dihalang si ayah yang berkata maruah anaknya akan tercemar jika disentuh dua lelaki yang tidak dikenali itu.

“Malah lelaki itu yang berbadan tegap dan kuat turut bertindak ganas menarik mereka malah menumbuk anggota berkenaan. Katanya dia rela anaknya mati daripada tercemar disentuh lelaki tak dikenali.

“Pada hal dia berpeluang hidup kerana dua anggota berkenaan begitu hampir dengannya,” kata Penolong Pengarah Jabatan Mencari dan Menyelamat Dubai, Leftenan Kolonel Ahmed Burqibah.

Kan baik dia biarkan penyelamat tu selamat anak dia aje. Dia pun tak rugi apa-apa, anak hidup dan dia pun tak akan kena tahan sebab halang tugas penyelamat. Ni merumitkan keadaan aje dan menyusahkan diri. – MissHana/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *